42 kelebihan selawat







Best imam aq bagi ceramah pasal Mualidur Rasul ..... Ramai yang datang.. baguslaa... Banyak yang dia cerita tadi.. termasuk 4 tande- tande orang beriman..

1. Apabila disebut nama ALLAH.. menggeletar tubuh badannya..- kerana setiap perbuatan yang dilakukan Allah melihat, mendengar.. contohnya.. apabila bermusuhan antara satu sama lain.. hukumnya adalah haram.. dan jika tidak bertaubat balasannya adalah neraka.

2. Apabila membace Al-quran bertambah imannya... so, banyak- banyak kan lah bace al-quran..

3. Bertawakkal kepada Allah.. Orang ramai berputus asa jika tidak mendapat sesuatu.. tapi perlu ingat yang paling penting adalah solat.. Ramai yang tinggal solat kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.. Noh Gadut menceritakan dialog antara malaikat Jibril dengan Nabi Muhammad.. Jibril menyampaikan pesan bahawa Allah menyatakan Amalan seseorang tidak akan diterima Allah selagi mane dia tidak bersolat..

4.  Rezeki yang diperolehi perlukan sebahagiannya dibelanjakan ke jalan kebaikan.. Ape yang penting jangan jadi orang yang bakhil.. Lagi banyak kita sedekah.. makin bertambahlah rezeki kita..

*  Noh gadut menyatakan.. antara kelebihan azan menurut ulama adalah.. Apabila berkumandangnya azan.. maka larilah syaitan sejaoh 36 batu..

dan sebelum mengakhiri ceramahnya. Noh Gadut membacakan 42 kelebihan selawat ini satu persatu dinyatakan oleh Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar"

  1. Melaksanakaan perintah Allah s.w.t
  2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
  3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
  4. Bersamaan dngn selawat para malaikat
  5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
  6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
  7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
  10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
  11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Mendapat darjat al-sidq
  14. Ditunaikan segala hajat
  15. Selamat sejahtera pada hari kiamat
  16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
  18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
  19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
  22. Tidak akan merasai fakir
  23. Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
  24. Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
  25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
  26. Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut "alhamdulillahirabbil'alamin" di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
  29. Terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
  30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
  31. Mendapat keberkatan Alalh
  32. Mendapat kesempurnaan iman
  33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
  35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
  36. Teguh pendirian dengan kebenaran
  37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
  39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
  40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
  41. Kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya atau mimpinya.
  42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Itulah yang aku dapat share dari hasil ceramah tadi.. Hope kita sama- sama dapat manfaat dan menghayati perjuangan Rasullullah..amin..






 

CHECK YOUR ANTI-VIRUS


Untuk memeriksa sekiranya anti-virus anda berfungsi dengan baik.
Copy kod di bawah di dalam notepad:

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)
Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus didelete file itu. Bagi mereka menggunakan Avira Anti Virus, seperti saya, pc anda akan berbunyi dan ada arahan untuk anda memdeletenya. So my anti virus berfungsi.
Kalau tiada detection atau anti virus anda buat dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau ‘tidur’. Mula updated anti virus anda atau cari anti virus baru.
File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar. Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti komputer anda.


Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete, anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa, click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being active).
Anti-virus saya hidup, anti-virus anda bagaimana??
☺SELAMAT MENCUBA☺
 

isi borang


Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.
Name : momot
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: 
I love to race. How u know
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310

Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza? 
Postcode: I never post anything
Country:I love travel to London
Status: Secret .
EmailAddress : i using Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy

Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : im popular..??









 

haiwan aneh..bukti kebesaran Allah..

assalamualaikum.. sejahtera ke ??



Setiap hari lebih daripada 10 penemuan haiwan baru dijumpai terutamanya di dasar laut, seolah-olah masih wujud alam yang belum manusia terokai. Walaupun teknologi pengklonan sedang giat dikembangkan tapi penyebaran benih secara semulajadi tidak pernah berhenti menyebabkan satu demi satu haiwan baru terhasil,inilah bukti kekuasaan Ilahi.Manusia baru menerokai apa yang ada di atas muka bumi dan di dalam laut,manusia belum menjumpai apa yang ada di langit dan yang pasti memang ada makhluk yang hidup di atas sana cuma kita belum menjumpai mereka.Dalam surah As-Syurak ayat 29 Allah berfirman yang mana maksudnya, “Dan antara tanda kekuasaan Allah ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata(daabah) yang bertebaran pada kedua-duanya.
 Aiieaiie Ayeaye
Susah nak sebut? Memang la sebab orang panggil Aieeeaiie Ayeaye ni sebagai Aye-Aye. Aye-Aye ni sebiji macam burung belatuk, ia mengetuk pokok untuk membuat lubang dan mencari makanan(serangga) di dalam pokok yang ditebuknya.Aye-Aye ni spesies yang tidak tidur malam.Ingin jadikan sebagai Pet? Susah,nanti kena tebang pokok hari-hari untuk ia patuk sebab ia tak makan makanan senang-senang,mesti tebuk dulu.Huhuhu

Aksolotal Axolotl
Sebenarnya haiwan ini ialah sejenis Sumpah-Sumpah Harimau (Tiger Salamander) tapi sebab tak termakan sumpah,jadilah macam ni,huhuhu.Haiwan ini banyak didapati di dalam tasik sekitar Mexico.Semasa ia sedang bermetamorfosis di peringkat larva ke peringkat dewasa, larva yang normal akan bertukar menjadi Tiger Salamander dan yang terkena sejenis bahan toksik akan terus kekal di dalam air dan menjadi Aksolotal.

Alpaka Alpaca
Mudah didapati di Selatan Amerika dan sering dianggap sebagai Llamas. Tidak seperti Llamas,Alpaka hidup di atas bukit dan tidak mampu menanggung beban yang besar.Biasanya manusia memburu atau menternaknya untuk mendapatkan bulu daripadanya.Tidak menyerupai kambing yang bertompok-tompok,biasanya Alpaka datang lengkap dengan 1 pakej warna yang sempurna jadi secara teorinya,seekor Alpaka sama dengan sehelai baju sejuk.


Blobfish
Jujurnya,binatang ni agak hodoh tapi sangat menarik. Blobfish memang sukar ditemui sebab wujud di dasar laut dalam. Yang uniknya ikan yang agak hodoh ini,ia menggunakan sedikit tenaga untuk bergerak disebabkan tiada otot dan ketumpatan badannya, kurang sedikit daripada air. Jadi,untuk ia bergerak di dalam laut, ia hanya mengubah beratnya sedikit bagi mengurangkan ketumpatan dirinya menyebabkan ianya terapung.Untuk makan,ia hanya membuka mulutnya dan menelan apa sahaja yang masuk ke dalam mulutnya ala-ala ‘Blackhole’.

Dumbo Octopus
Mempunyai telinga seakan-akan gajah Jumbo dalam cerita Walt Disney.Hidup di tempat yang lagi dalam daripada Blob Fish. Diakui sotong yang terpelik yang wujud di atas muka bumi ini.
 Emperor Tamarin
Macamana haiwan ini dapat nama,sangat kelakar.Mula-mula ia dijumpai ketika pemerintahan Emeror Willhelm 2 yang mana mempunyai janggut seperti haiwan di atas. Pada asalnya,orang ramai sengaja menggelarkan haiwan ini sempena nama pemerintah Emperor dan secara tidak sengaja,nama itu dianggap sebagai nama rasmi haiwan ini.Hidup di hutan hujan Amazon dan kebanyakan masa hidupnya dihabiskan di atas pokok.

Hagfish
Sebenarnya gambar di atas gambar yang telah dibesarkan, itu yang nampak menakutkan. Pada awal-awal penemuannya, berlaku percanggahan antara saintis yang mengatakan bahawa haiwan ini bukanlah ikan disebabkan bentuknya yang panjang seakan-akan cacing tapi setelah dikaji cara hidupnya,saintis sepakat mengatakan bahawa Hagfish ini ialah ikan. Cara pemakanan Hagfish tersangat pelik dan kemampuannya untuk menghasilkan lendir diperakui oleh saintis sebagai haiwan laut yang paling jijik.


Red Panda
Mula-mula tengok gambar ini,saya fikirkan ini rubah tapi panda rupanya. Yeay Panda!Kalau baca cerita-cerita teladan orang cina, haiwan yang biasa dijumpai,ini lah dia,Red Panda! Walaupun menyerupai rubah atau kucing,ianya diklasifikasikan sebagai Panda disebabkan tapak tangannya yang menyerupai Panda dan mempunyai tabiat makan yang sama dengan panda iaitu makan buluh. Dikenali sebagai Ponya di Nepal disebabkan diet pemakanannya.

inilah bukti hari dah nak kiamat ....banyak binatang yang pelik pelik.....
 

mata dajjal di KL

Seorang pengunjung blog ini menghantar emel kepada kami mengatakan bahawa pelan lokasi Midvalley, Petaling Jaya jika dilihat menggunakan Google Maps adalah berbentuk Mata Dajjal (All Seeing Eye). Pengunjung tersebut juga tidak menyatakan sumber asal maklumat ini.
Di sini, kami lakarkan semula bentuk ‘mata’ tersebut berdasarkan imbasan carian Google Maps
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, di Midvalley juga adalah tempat sebuah consultant Yahudi beroperasi iaitu APCO Worldwide yang suatu masa dahulu menjadi pertikaian di Parlimen atas sebab keputusan kerajaan Malaysia membayar RM70 juta menggunakan khidmat APCO.
Di bawah ialah alamat APCO Worldwide yang menggunakan pejabat yang sama dengan Mind Team Sdn Bhd.
Alamat : APCO Worldwide Sdn. Bhd.Level 21, Suite 21.01, The Garden South Tower, Midvalley City
 

kereta paling mahal..

Sebut pasal kereta ni bro aku serender la..Tapi aku ada impian juga memiliki kereta sport buatan luar negara.. Tapi susah juga kalau kereta rendah..nanti mo beli ikan di pasar pun susah..sangkut sana sini..hehe..alasan tiada duit tu..korang check it out la kereta ni mana tau berkenan..

1. Bugatti Veyron $1,700,000 (RM6.5 juta)



Ini kereta luar biasa dibuat oleh Bugatti Automobiles SAS, dalam kumpulan Volkswagen. Bugatti Veyron menggunakan injin W16, yang terdiri daripada 16 silinder dan 8.0 liter kapasiti. Kereta ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 407 km/jam dan akselerasi dari 0-96 km/jam hanya dalam waktu 2.5 detik.


2. Lamborghini Reventon $1,600,000 (RM6 juta)


Lamborghini ini adalah yang paling kuat dan mahal yang pernah dibina. Hanya 3.3 saat untuk mencapai 60 mph dan mempunyai kelajuan tertinggi 211 mph. Kereta ini terhad untuk 20 buah sahaja ​​dan rekaan yang dinamik adalah alasan mengapa begitu mahal dan mahal untuk dimiliki.

3. McLaren F1 $970,000 (RM3.7 juta)















Pada tahun 1994, McLaren F1 adalah kereta terpantas dan paling mahal. Walaupun dibina 15 tahun yang lalu, ia mempunyai top speed 240 mph yang luar biasa dan mencapai 60 mph dalam 3.2 saat. Bahkan sampai sekarang, McLaren F1 masih dalam senarai teratas dan mengungguli supercar yang lain.

4. Ferrari Enzo $670,000 (RM2.546 juta)

















Supercar yang paling dikenali yang pernah dibina. Enzo mempunyai kelajuan tertinggi 217 mph dan mencapai 60 mph dalam 3.4 saat. Hanya 400 unit yang dihasilkan dan saat ini sedang dijual lebih dari $ 1,000,000 di lelong.

5. Pagani Zonda C12 F $667,321 (RM2.535 juta)
















Dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil bebas di Itali, F Pagani Zonda C12 adalah kereta terpantas ke-5 di dunia. Ia menjanjikan untuk penghantaran kelajuan tertinggi 215 mph+ dan dapat mencapai 0-60 dalam 3.5 saat.

6. SSC Ultimate Aero $654,400 (RM2.487 juta)













Jangan biarkan harga menipu anda, kereta ke-6 paling mahal sebenarnya adalah kereta yang sah terpantas di jalan dengan kelajuan tertinggi 257 mph+ dan mencapai 0-60 dalam 2.7 detik. Kos kereta ini hampir setengah Bugatti Veyron, namun mempunyai kuasa yang cukup ke atas kereta yang paling mahal dalam perbandingan kelajuan. Dianggarkan bahawa hanya 25 buah model yang sebegini pernah dihasilkan.

7. Saleen S7 Twin Turbo $555,000 (RM2.1 juta)
















Pengeluaran supercar asli Amerika pertama bersertifikat dan berada di tempat ke-3 untuk kereta terpantas di dunia. Ia memiliki kelajuan tertinggi 248 mph + dan dapat mencapai 0-60 dalam 3.2 saat. Jika anda adalah seorang patriot Amerika sejati, anda boleh bangga untuk mempamerkan kereta ini.

8. Koenigsegg CCX $545,568 (RM2.07 juta)











Buatan Sweden, Koenigsegg sedang berjuang bersungguh-sungguh untuk menjadi kereta terpantas di dunia. Ketika ini, kereta terpantas ke-4 di dunia dengan kelajuan tertinggi 245 mph+, pembuatan kereta Koenigsegg tidak menyerah dan akan terus mencuba dan menghasilkan kereta terpantas.


9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster $ 495.000 (RM1.88 juta) 














A supercar GT, SLR McLaren adalah kereta transmisi automatik terpantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 206 mph+ dan mencapai 60 mph dalam 3.8 saat. Ini adalah peralihan mewah dengan injin yang sangat kuat, yang menghasilkan prestasi yang luar biasa dan bergaya.

10. Porsche Carrera GT $ 440,000 (RM1.67 juta)

















Sebuah supercar dengan kawalan kestabilan dinamik dan kelajuan tertinggi 205 mph+ dan dapat mencapai 0-60 dalam 3.9 saat. The Porsche Carrera GT menawarkan mutu yang mutlak dari kereta lumba sebenar yang memberikan perasaan memandu di jalan yang belum pernah terjadi sebelumnya.